Biografi Cheoljong dari Joseon

Kehidupan awal

Baginda dilahirkan sebagai putera ke-3 dan bongsu Yi Gwang, Putera Jeon'gye-gun (yang mangkat pada 14 Disember 1841), dan gundik pertamanya Puan Besar Yeom, di Ganghwa[7] Nama baginda pada asalnya Yi Won-beom (이원범), tetapi setelah menaiki takhta namanya diubah secara sah menjadi Yi Byeon (이변) (atau Seong[8]).

Pada tahun 1841, tahun ke-10 pemerintahan Raja Heonjong, Min Jin-yong (daripada puak Noron), Lee Won-deok, Park Sun-su dan yang lainnya berusaha mencari kesempatan terhadap Heonjong yang ketiadaan waris, dan secara diam-diam melakukan pemberontakan untuk menobatkan Yi Won-gyeong, anak sulung Yi Gwang dan satu-satunya anak sah taraf, sebagai raja berikutnya. Namun, rancangan pemberontakan Min Jin-yong terbongkar dan dihukum bunuh dengan Yi Won-gyeong. Dibebabkan bersalah kerana mempunyai pertalian, saudara tiri Yi Won-gyeong iaitu Yi Gyeong-eung dan Yi Won-beom dibuang ke Ganghwa.

Pemerintahan

Cheoljong naik takhta pada tahun 1849 pada usia 19 tahun setelah Raja Heonjong mangkat tanpa pewaris. Sebagai saudara jauh dari kedua-dua raja yang baru mangkat dan juga keturunan Raja Yeongjo, Cheoljong dipilih untuk dijadikan anak angkat oleh Permaisuri Balu Senior (balu Raja Sunjo) pada waktu itu dan untuk membolehkannya naik takhta. Cheoljong masa depan dijumpai di Pulau Ganghwa tempat keluarganya berada dalam pengasingan sejak Penganiayaan Katolik 1801.

Apabila utusan (dikirim untuk mencari bakal raja itu) tiba di Pulau Ganghwa, mereka mendapati sisa-sisa suku kerabat diraja yang diasingkan itu hampir tidak dapat bertahan hidup dalam kemiskinan, dan di tengah-tengah kemerosotan itu, Yi Won-beom yang berusia 19 tahun ketika ity, diisytiharkan sebagai Raja. Walaupun sejak awal pemerintahan Korea, Dinasti Joseon mengutamakan pendidikan putera-putera mereka, Cheoljong langsung tidak tahu membaca setiap perkataan dalam pemberitahuan yang mengucapkan tahniah kepadanya itu atas kenaikannya ke takhta kerajaan.[9]

Bagi suku Kim dari Andong, Cheoljong adalah pilihan yang sangat baik. Buta hurufnya membuatnya senang dimanipulasi mereka. Akibatnya, walaupun Cheoljong memerintah negara itu selama 13 tahun, hingga hari-hari terakhirnya juga baginda masih belum arif tentang cara bergerak atau mengenakan pakaian diraja, sehinggakan apabila baginda berjubah yang paling gah tetap membuatkan baginda kelihatan seperti seorang nelayan.[9]

Kematian

Cheoljong mangkat pada usia 32 tahun pada 16 Januari 1864 (disyaki disebabkan oleh suku Kim Andong, suku yang sama yang menjadikannya raja), tanpa ada waris lelaki yang hidup. Sekali lagi, Josoen perlu mencari keturunan Wangsi Yi untuk menjadi calon ke takhta.

Rujukan

WikiPedia: Cheoljong dari Joseon http://www.gogung.go.kr/publicationView.do?bbsSeq=... http://www.gogung.go.kr/publicationView.do?bbsSeq=... http://sillok.history.go.kr/id/kxa_11506006_014 http://sillok.history.go.kr/id/kxa_11506008_001 http://sillok.history.go.kr/id/kya_10006009_001 http://sillok.history.go.kr/id/kya_11203022_001 http://sillok.history.go.kr/id/kya_11406001_006 http://sillok.history.go.kr/id/kya_11412008_008 http://sillok.history.go.kr/id/kza_10012008_001 http://sillok.history.go.kr/id/kza_10104007_001